A- A A+
Malay English

Soalan-soalan lazim (FAQ)

Apakah yang dimaksudkan dengan LPT2?
LPT2 adalah singkatan nama kepada Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2. Lebuhraya ini adalah sambungan daripada lebuhraya sedia ada (LPT1) yang telah siap menhubungkan Kuala Lumpur dan Kuantan. Fasa kedua lebuhraya ini akan dibina dari Jabor ke Kuala Terengganusepanjang 185km. Projek ini akan menjadi penghubung baru dari pantai barat ke sebelah utara pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan.
Keselesaan dan keselamatan lebuhraya empat lorong dua hala ini adalah dipercayai akan menjadikan Terengganu sebagai destinasi yang mudah dihubungi dan mempunyai daya tarikan bagi sector perniagaan dan pelancongan.


Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di LPT2?
LPT2 menyediakan perkhidmatan yang cekap, tiada gangguan, lebih selesa, jarak pemanduan yang jelas, boleh digunakan sepanjang yahun dan perjalanan yang selamat kepada pengguna lebuhraya dari Ibu Negara ke Pantai Timur.


Bagaimana untuk sampai ke Ibu Pejabat LPT2?
Anda boleh sampai ke Pejabat Utama di alamat berikut atau dapat dihubungi melalui nombor telefon dan nombor faks seperti dibawah:
Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2
Jalan Kemajuan, Bukit kecil,
Peti Surat No. 52,
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tel    :    09-6273700
Faks    :    09-6273777


Siapakah yang dipertanggungjawab untuk mengurus pembinaan LPT2?
Pembinaan LPT2 diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan pembahagian 70:30. Skop kerja di bawah JKR dilaksanakan secara tender kepada kontraktor bumiputra.


Apakah skop JKR dalam LPT2?
JKR menguruskan rekabentuk dan pembinaan untuk dua bahagian lebuhraya. Bahagian pertama adalah dari Jabur ke Bukit Besi dan bahagian kedua adalah dari Telemong ke Kuala Terengganu. Skop pembinaan JKR melibatkan pembinaan 120km lebuhraya dan;
7 persimpangan bertingkat dan jalan penghubung
2 kawasan rehat dan rawat
1 hentian sebelah
2 stesen jambatan timbang
Lain-lain skop kerja dalam projek ini termasuk membekal dan memasang papantanda dan system pengangkutan pintar.


Bilakah pembinaan LPT2 akan siap sepenuhnya?
LPT2 dijadualkan akan siap pada tahun 2014.