A- A A+
Malay English

Perutusan Pengarah

                                                                         

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, setinggi tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi di atas terhasilnya Portal Rasmi  bagi Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (PLPT2). Saya ingin mengambil kesempatan  di sini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan laman web LPT2  serta semua yang terlibat dalam mennghasilkan Portal PLPT2 ini. Pasukan LPT2  telah melangkah setapak lagi ke hadapan bagi bersama-sama menyahut seruan kerajaan di dalam memperkembangkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam urusan seharian jabatan.

Portal Rasmi PLPT2 ini diusahakan untuk dijadikan sebagai salah satu saluran bagi kami untuk menyampaikan maklumat atau perkembangan terkini berkenaan projek ini kepada umum.  Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua. Saya berharap tuan puan menghargai usaha kami dalam merancang, merekabentuk dan menguruskan pembinaan projek ini.

Portal Rasmi PLPT2  ini juga menjadi medan terbaik untuk PLPT2 mengwar-warkan kepada umum bahawa LPT2 adalah satu pemangkin untuk merangsang pertumbuhan dalam Rantau Ekonomi Koridor Timur dan ini bermaksud menyokong strategi pembangunan kerajaan dalam menyediakan perantauan yang maju dengan infrastruktur dan kases untuk pertumbuhan ekonomi.

LPT2 adalah “ Lebuhraya yang memenuhi aspirasi negara ‘’. Matlamat untuk dicapai adalah tinggi, pasukan projek dengan lebih kurang 70 orang pegawai profesional sedang bertungkus-lumus berusaha mecapainya. Dengan jelas, pembinaan bagi LPT2 adalah satu usaha yang besar, dan kami berdepan dengan cabaran yang sebenar. Salah satu cabaran adalah harga barang-barang binaan melambung naik, dengan kenaikan harga minyak sepanjang tahun lepas, keadaan telah menjadi lebih buruk di mana kos barang-barang pembinaan termasuk buruh dan pengangkutan telah naik dengan medadak.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekiranya terdapat sebarang teguran atau pandangan yang membina, bolehlah dimaklumkan kepada pihak kami melalui saluran email dan buku tamu yang disediakan dalam web ini supaya dapat meningkatkan lagi keberkesanan kuantiti dan juga kualiti maklumat yang dimuatkan di dalam Portal Rasmi PLPT2 ini.
 
Sekian, selamat mengunjungi dan memanfaatkan Portal Rasmi PLPT2 .
 
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum w.b.t.

Tn. Hj. Ir. Kamalaldin Bin Abd. Latif 
Pengarah Pembinaan
Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2
Jabatan Kerja Raya Malaysia