A- A A+
Malay English

Bahagian/Unit

  • FUNGSI UNIT PEROLEHAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN

    PERKHIDMATAN PRA-KONTRAK

    1. Penyediaan anggaran awal (anggaran awal)
    2. Penyediaan cabutan butir-butir permulaan (PDA)
    3. Penyediaan Dokumen Meja Tender & Dokumen Tender
    4. Pelawaan Tender
    5. Penilaian Tender
    6. Penyediaan cabutan butir-butir seperti Ditender (ATDA)
    7. Penyediaan Surat Setujuterima Tender

    PERKHIDMATAN POS-KONTRAK

    1. Penyediaan Dokumen Kontrak
    2. Penyediaan Dokumen Sub-Kontrak
    3. Proses Bayaran Pendahuluan
    4. Proses Bayaran Interim
    5. Khidmat Nasihat Kos
    6. Penyediaan Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (PPJHK)
    7. Penilaian Tuntutan Kontraktor
    8. Penyediaan Perakuan Muktamad
    9. Penyediaan Perakuan Muktamad Kontrak yang Perkhidmatan Pengambilan Kerja Kontraktor ditamatkan
    10. Penyediaan semakan semula cabutan butir-butir seperti ditender (revised ATDA)
    11. Pengesyoran bayaran kepada Perunding Ukur Bahan
    12. Khidmat Nasihat Pengurusan Kontrak
    13. Cabutan Butir-Butir Sudah Siap Kerja (ACDA)

    PEMBANGUNAN TEKNIKAL

    1. Keurusetiaan
      • Urusetia Jawatankuasa Kerja
      • Urusetia Jawatankuasa SPK JKR – Maklumbalas Pelanggan
      • Menganjurkan Kursus / Bengkel / Taklimat
  • FUNGSI UNIT KHIDMAT SOKONGAN TEKNIKAL

    PENTADBIRAN PEJABAT

    1. Memastikan pentadbiran pejabat teratur dan berjalan lancar.
    2. Memastikan pengurusan pejabat sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
    3. Memastikan pengurusan kawalan keselamatan pejabat melalui Jawatankuasa Keselamatan Pejabat.
    4. Pengurusan setiap kakitangan pejabat dari segi keperluan , laporan prestasi tahunan.
    5. Mengurus mesyuarat- mesyuarat melibatkan pengurusan.
    6. Memastikan pengurusan kebersihan pejabat melalui Jawatankuasa Kebersihan Pejabat.

    PENGURUSAN KEWANGAN

    1. Mengurus keperluan dan penggunaan peruntukan di bawah Belanja Mengurus.
    2. Memastikan peruntukan belanja mengurus  mencukupi dan permohonan tambahan dimajukan kepada Cawangan Pengurusan Korporat serta mengemukakan Laporan Perbelanjaan.
    3. Mengurus keperluan dan penggunaan peruntukan di bawah Belanja Peruntukan Projek.
    4. Memastikan peruntukan projek mencukupi dan mengemukakan permohonan tambahan jika perlu.
    5. Penyediaan laporan kewangan dan prestasi projek serta penyediaan Unjuran Perbelanjaan Laporan Buku VOT.

    PENGAMBILAN BALIK TANAH

    1. Memantau dan berurusan dengan jabatan berkaitan bagi urusan pengambilan balik tanah.
    2. Penyediaan maklumat – maklumat berkaitan tanah bagi mempercepatkan penyelesaian notis bantahan oleh tuan tanah di mahkamah.
    3. Mengurus hal berkaitan bayaran pengambilan balik tanah dan penyediaan peruntukan yang secukupnya.

    KESELAMATAN & KESIHATAN

    1. Memastikan rekabentuk jalanraya adalah selamat dan menepati piawaian yang ditetapkan.
    2. Memastikan pelan pengurusan trafik di tapak pembinaan adalah selamat di Projek LPT 2.
    3. Memastikan aspek-aspek keselamatan & kesihatan pekerja dipatuhi oleh pekerja di tapak pembinaan.
    4. Memantau dan memberi khidmat nasihat berkaitan keselamatan & kesihatan pekerja.

    ALAM SEKITAR

    1. Memberi khidmat nasihat pakar alam sekitar kepada semua pihak yang berkenaan semasa pelaksanaan Projek LPT 2.
    2. Menyelaras audit pelaksanaan sistem pengurusan alam sekitar dengan pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri & Cawangan Alam Sekitar JKR.
    3. Menjalankan auditan pelaksanaan sistem pengurusan alam sekitar MS ISO 14001 di dalam Projek-projek JKR.
    4. Memantau pelaksanaan kerja-kerja di tapak dari aspek pengurusan alam sekitar di samping memastikan segala cadangan tebatan dipatuhi serta memastikan keberkesanan cadangan-cadangan tebatan yang dilaksanakan.
    5. Meningkat kesedaran kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada setiap lapisan warga LPT 2.
    6. Memberi khidmat sokongan dalam urusan pentadbiran , kewangan & sumber manusia.

    KUALITI

    1. Memastikan setiap aktiviti kerja di tapak dijalankan secara teratur berdasarkan Pelan Jaminan Kualiti serta penggunaan bahan binaan yang telah diluluskan bagi menghasilkan produk berkualiti.
    2. Membudayakan Sistem Pengurusan Kualiti JKR dalam pengurusan serta melaksanakan Kerja Pembinaan bagi memastikan objektif SPK JKR MS ISO 1: 2000 dapat dicapai sepenuhnya.
    3. Memberi kesedaran dan kefahaman dengan mewujudkan jadual latihan SPK kepada kumpulan sasaran di peringkat Pasukan Projek LPT 2.

    RISIKO

    1. Menilai tahap risiko yang mungkin dihadapi agensi.
    2. Membangunkan pelan pengurusan risiko yang khusus bagi perkara ini.
    3. Mewujdkan pelan komunikasi untuk menerangkan pelan pengurusan risiko di  Projek LPT 2.
  • FUNGSI UNIT PENGURUSAN REKABENTUK

    OPERASI

    1. Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan lebuhraya secara jabatan.
    2. Memberi khidmat rekabentuk dalam bidang kejuruteraan lebuhraya, struktur, geoteknik, mekanikal dan elektrikal.
    3. Memberi khidmat rekabentuk semasa pembinaan bagi pindaan elemen lebuhraya, struktur, geoteknik, mekanikal dan elektrikal.
    4. Menyelaras dan mengurus proses tender bagi pelaksanaan lebuhraya dan fasiliti plaza tol dan kawasan rehat.

    PEMBANGUNAN

    1. Membangun arahan, piawaian serta garispanduan rekabentuk kejuruteraan jalan, struktur, geoteknik, mekanikal dan elektrikal.
    2. Menyemak Method Statement in Construction yang berkaitan dengan tatacara kerja pembinaan lebuhraya, struktur, geoteknik, mekanikal dan elektrikal.

    KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

    1. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada pasukan pengawasan pembinaan di tapak berkaitan dengan skop lebuhraya, struktur, geoteknik, mekanikal dan elektrikal.

    KHIDMAT PERUNDING

    1. Menyelaras, mengurus dan memantau kerja-kerja rekabentuk yang dijalankan oleh perunding bagi memastikan kebolehbinaan rekabentuk dan menyelaras penyeliaan projek oleh perunding.
    2. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kontraktor untuk meningkat kualiti kerja.

    KOORDINASI DENGAN LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA DAN AGENSI LAIN

    1. Koordinasi dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan agensi lain yang berkaitan untuk penyelarasan rekabentuk dan pembinaan lebuhraya dan fasiliti.
    2. Menyelaras dan mengurus koordinasi dengan pihak berkuasa utiliti seperti TNB, Telekom dan SATU bagi kerja-kerja elektrikal, mekanikal, bekalan air dan sistem pengangkutan pintar.

    PEMBANGUNAN MODAL INSAN

    1. Menyediakan kursus/latihan yang berkaitan dalam bidang kejuruteraan lebuhraya, struktur, geoteknik, mekanikal dan elektrikal kepada kakitangan.
    2. Mewujudkan program pembangunan kompetensi untuk kakitangan pasukan projek.

    FORENSIK DAN PEMERIKSAAN TAPAK BINA

    1. Melaksanakan pemeriksaan tapak bina dan menyarankan langkah pencegahan     rekabentuk untuk meminimakan kesan negatif kepada alam sekitar.
    2. Memberi khidmat forensik untuk kegagalan dengan menilai cadangan pembaikan dari perunding atau mencadangkan kaedah penyelesaian yang optimum.