A- A A+
Malay English

Pelaksanaan

Lebuhraya Pantai Timur Fasa2 dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan diurus oleh Kementerian Kerja Raya. Pembinaan projek diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya (LLM) melalui pembahagian kerja sebanyak 70:30. JKR melaksanakan projek dengan membuat pembahagian jajaran kepada 16 pakej dan membuka tender kepada kontraktor-kontraktor tempatan bumiputera.

Jaminan Kualiti

Untuk memastikan LPT2 dibina memenuhi kualiti yang tertinggi, Sistem Pengurusan Kualiti JKR diaplikasikan pada setiap proses perjalanan projek.

Alam Sekitar….Kami Pelihara

Kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) untuk keseluruhan projek telah dibuat dan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar. Inisiatif untuk menjadikan lebih mesra alam sekitar, ‘swale’, elevated structure, bukaan pembentung dibina sebagai laluan air dan juga laluan haiwan untuk menjaga keseimbangan flora dan fauna.

Langkah-langkah pengawalan terhadap kesan alam sekitar seperti penanaman rumput, perangkap kelodak, dan pagar pengawalan kelodak, diwajibkan semasa kerja-kerja pembinaan untuk mengurangkan kesan hakisan dan memastikan kesan yang minima terhadap eko-sistem yang sedia ada.