A- A A+
Malay English

Latar Belakang LPT2

Lebuhraya Pantai Timur  Fasa 2 akan menyediakan laluan yang terpanjang meliputi ciri-ciri tercepat, tanpa gangguan, paling selesa dan memberi perjalanan yang selamat kepada kenderaan dari bandaraya Kuala Lumpur ke bandaraya persisir pantai  Kuala Terengganu yang tersohor dengan budaya dan tradisi.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 akan menjadi perintis kepada pembangunan kawasan pedalaman dan mempercepatkan lagi pertumbuhan tiga negeri pantai timur untuk memenuhi objektif kerajaan dalam menyeimbangi pertumbuhan ekonomi diantara semua negeri-negeri di Malaysia. Perlaksanaannya sejajar dengan pelan pembangunan koridor di bawah ‘Eastern Corridor Economic Region (ECER)’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Disember 2007. Lebuhraya Pantai Timur menyediakan pengangkutan dalaman dan menghubungkan wilayah-wilayah untuk membangkitkan pembangunan aktiviti ekonomi di kawasan pendalaman .

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) , ) sepanjang 160 km, menghubungkan Karak ke Kuantan, ibu negeri Pahang telah siap pada tahun 2004.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), sepanjang 185 km kini dalam pembinaan dan dijadualkan siap pada 2014. Fasa 2 lebuhraya bermula dari Jabur dan berakhir di Gemuruh, di bahagian utara Kuala Terengganu sepanjang 182.6km. Ianya merupakan lebuhraya bertaraf tinggi dengan 4-lorong dua hala, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 10 persimpangan bertingkat, kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah, lampu jalan dan plaza tol dengan berasaskan kriteria rekabentuk dan pemilihan laluan.