A- A A+
Malay English

Fasiliti

Untuk keselesaan pengguna, kemudahan kawasan Rehat dan Hentian Sebelah dibina pada setiap 30 km. Kemudahan yang dibina termasuk tandas, kedai cenderahati, gerai makanan, restoran, surau, taman permainan kanak-kanak, gazebo dan ruangan tempat letak kereta.

Kemudahan yang disediakan memberikan kesempatan yang bersesuaian untuk pengguna lebuhraya berehat dan menyegarkan badan sambil melihat keunikan barangan kraf tempatan disamping makanan-makanan tempatan yang enak. Telefon kecemasan dipasang pada setiap dua kilometer sepanjang jalan pada kedua-dua hala lebuhraya.

Projek ini direkabentuk untuk menepati piawaian kejuruteraan yang tertinggi yang mementingkan keselamatan jalan, penjagaan alam sekitar, dan kemudahan penyelenggaraan. Aspek-aspek yang terlibat meliputi:-

  • Lebuhraya direkabentuk untuk kelajuan 120km sejam
  • Pembahagi jaan berlandskap selebar enam meter
  • Tiga meter lebar bahu jalan yang berturap
  • Sepuluh persimpangan bertingkat dengan lampu jalan yang menyediakan jalan susur keluar bagi menghubungkan ke Bandar yang terdekat.
  • Dihubungkan dengan jalan susur keluar yang direkabentuk berkelajuan 60km sejam.