A- A A+
Malay English

Lawatan Kerja YB. Menteri Kerja Raya ke Projek LPT2

                                                                         

                        

                             

 

 

                                 LAWATAN KERJA YB. MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK LPT2

Pada 21 Oktober 2014, Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, LPT2 telah menerima satu kunjungan lawatan kerja YB.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Hj. Fadillah bin Hj. Yusof. YB. Menteri Kerja Raya berlepas dari Persada PLUS ke tapak Pakej 7 dengan menaiki helikopter, seterusnya bertolak ke Pejabat Tapak Pakej 7, Projek LPT2. Yang turut hadir mengiringi YB. Menteri Kerja Raya ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR),Dato' Sri Zohari bin Haji Akob, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Dato’ Mohd. Shafiq bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes), Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain serta pegawai-pegawai lain dari pejabat (KKR), Ibu Pejabat JKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

 Satu taklimat ringkas mengenai kemajuan dan masalah di Pakej 3, Pakej 7 dan Pakej Memperkukuh Jambatan di Pakej 6 telah disampaikan oleh Pengarah Pembinaan, Ir. Hj. Kamalaldin bin Abd. Latif. Setelah selesai sesi taklimat, minum pagi serta sesi bergambar, rombongan lawatan dibawa ke tapak pembinaan yang terpilih untuk meninjau kemajuan di tapak dan mendengar penerangan ringkas daripada wakil setiap tapak. Lawatan kerja bermula dari Pakej 7 seterusnya ke Jambatan Sg. Cabang, Jambatan T113 dan Jambatan Air Hitam di Pakej 6. Rombongan juga dibawa ke Hentian Sebelah Kijal, Jambatan Sg. Kemaman di Pakej 3 dan akhir sekali ke Kawasan Rehat & Rawat Perasing.

 Setelah selesai makan tengahari, solat Zohor dan sesi bergambar, YB. Menteri berlepas menaiki helikopter untuk ke tapak Projek Central Spin Road (CSR) di Lipis, Pahang. Seluruh warga Pasukan Projek LPT2 merakamkan jutaan terima kasih kepada rombongan daripada di atas kesudian melawat projek ini.