A- A A+
Malay English

Majlis Penyerahan Kawasan Rehat & Rawat Perasing

Pada 26 ogos 2014 satu majlis penyerahan telah diadakan dikawasan rehat dan rawat perasing. Majlis yang diadakan semperna penyerahan kawasan rehat dan rawat perasing. Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan doa selamat di surau kawasan rehat dan rawat perasing dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh pengurus besar kanan pembinaan Ir. Hj. Kamalaldin Bin Abd Latif. Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan replika kunci yang disampaikan oleh pengarah urusan Hakikat Engineering Sdn Bhd  Dato Hj. Basri Nor kepada pengurus besar kanan pembinaan Ir. Hj. Kamalaldin Bin Abd Latif sebagai simbolik penyerahan projek kawasan rehat dan rawat perasing daripada kontraktor kepada pasukan projek lebuhraya pantai timur fasa 2 secara rasminya. Majlis kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan kepada semua hadirin yang hadir dan kepada pengguna yang menggunakan kawasan rehat dan rawat perasing.