A- A A+
Malay English

Lawatan YAB Menteri Besar Terengganu

 

  Lawatan YB Menteri Besar Terengganu

Pada 31 Januari 2015, menteri besar terengganu YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman telah mengadakan satu lawatan ke projek lebuhraya pantai timur fasa 2 yang bermula daripada plaza tol Kuala Terengganu dan berakhir di kawasan rehat & rawat Perasing. Lawatan yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu turut dihadiri oleh pengarah JKR Terengganu Dato’ Haji Shafii Bin Mohamad. Lawatan bermula dari plaza tol Kuala Terengganu dan diteruskan ke seluruh jajaran LPT2 dan hentian-hentian sebelah di sepanjang laluan LPT2. Rombongan kemudiannya membuat pusingan U di plaza tol Jabor dan berhenti di kawasan rehat & rawat Perasing. YAB Menteri Besar Terengganu kemudian diberikan taklimat oleh Pengarah Pembinaan Ir. Hj. Kamalaldin Bin Abd. Latif berkenaan Kawasan Rehat & Rawat Perasing. Rombongan kemudian melawat di sekitar kawasan rehat & rawat Perasing. Rombongan bersurai pada pukul 1.00 tengahari.

 

                                                                                            

Kursus Pengenalan & Pemantapan Perisian FINGERTIPS

Pada 15 Disember telah diadakan satu kursus Pengenalan & Pemantapan Perisian FINGERTIPS. Kursus yang diadakan selama 1 hari di Ibu Pejabat Pasukan Projek Pantai Timur Fasa 2 melibatkan peserta-peserta dari pejabat tapak pakej utama dan pakej sampingan. Kursus yang dimulakan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Pembinaan Tn. Hj. Ir. Zulkifly B. A. Ghani. Kursus diteruskan dengan sesi pengenalan kursus yang dikendalikan oleh En. Muhammad Muzzammel Bin Mukhtar dari unit IT & Dokumen. Kursus diteruskan dengan sesi kedua yang dikendalikan oleh En. Baharuddin Bin Ariffin yang juga daripada unit IT & Dokumen. Sesi kedua kemudiannya ditangguhkan pada pukul 1 tengahari untuk memberi ruang kepada peserta untuk makan tengahari dan solat zohor. Pada pukul 2 petang sesi ketiga diteruskan dengan sesi ‘hands on’  dimana semua peserta dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut pakej dan unit. Sesi ‘hands on’ diakhiri pada pukul 4.30 petang dan para peserta bersurai.

 

                                                             

Lawatan KPKT Cawangan Timur

 

Pada 4 Disember 2014 telah diadakan satu lawatan dari pada KPKT Cawangan Timur ke Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2. Lawatan yang bermula dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Besar Pentadbiran & Kewangan Tn. Hj. Samiun B. Abd. Rahman. Rombongan diteruskan dengan melawat Plaza Tol Kuala Terengganu dan ke Pejabat Tapak Pakej 7. Peserta rombongan telah diberikan taklimat berkaitan projek oleh Pengurus Besar Pakej 7 En. Mazlan Mustapha. Rombongan diteruskan dengan melawat projek jambatan T113.Rombongan kemudiannya diteruskan ke Plaza Tol Cheneh dan diakhiri dengan melawat Kawasan Rehat & Rawat Perasing dan taklimat disampaikan oleh Pengurus Besar Kawasan Rehat & Rawat Perasing En. Sabry B. Awang. Rombongan kemudian menikmati jamuan makan tengahari di Kawasan Rehat & Rawat Perasing dan bersurai.

                                             

                                                         

Lawatan dari JKR Pulau Pinang & PLUS

                                   

                                           Lawatan Tapak dari JKR Pulau Pinang & PLUS

Pada 16 November yang lalu telah diadakan satu lawatan tapak daripada JKR Pulau Pinang dan PLUS ke Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2. Lawatan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Besar Pentadbiran & Kewangan, Tn. Hj. Samiun Bin Abd. Rahman di bilik mesyuarat utama Ibu Pejabat Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2(PLPT2). Rombongan kemudian bertolak dari Ibu Pejabat PLPT2 menuju ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan diteruskan sehingga ke Pejabat Tapak Pakej 7. Peserta rombongan telah diberikan taklimat oleh Pengurus Besar Pakej 7, En. Mazlan Bin Mustapha di bilik mesyuarat Pejabat Tapak Pakej 7. Sesi Lawatn diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan bersurai.  

 

                                                 

Lawatan Kerja YB. Menteri Kerja Raya ke Projek LPT2

                                                                         

                        

                             

 

 

                                 LAWATAN KERJA YB. MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK LPT2

Pada 21 Oktober 2014, Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, LPT2 telah menerima satu kunjungan lawatan kerja YB.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Hj. Fadillah bin Hj. Yusof. YB. Menteri Kerja Raya berlepas dari Persada PLUS ke tapak Pakej 7 dengan menaiki helikopter, seterusnya bertolak ke Pejabat Tapak Pakej 7, Projek LPT2. Yang turut hadir mengiringi YB. Menteri Kerja Raya ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR),Dato' Sri Zohari bin Haji Akob, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Dato’ Mohd. Shafiq bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes), Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain serta pegawai-pegawai lain dari pejabat (KKR), Ibu Pejabat JKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

 Satu taklimat ringkas mengenai kemajuan dan masalah di Pakej 3, Pakej 7 dan Pakej Memperkukuh Jambatan di Pakej 6 telah disampaikan oleh Pengarah Pembinaan, Ir. Hj. Kamalaldin bin Abd. Latif. Setelah selesai sesi taklimat, minum pagi serta sesi bergambar, rombongan lawatan dibawa ke tapak pembinaan yang terpilih untuk meninjau kemajuan di tapak dan mendengar penerangan ringkas daripada wakil setiap tapak. Lawatan kerja bermula dari Pakej 7 seterusnya ke Jambatan Sg. Cabang, Jambatan T113 dan Jambatan Air Hitam di Pakej 6. Rombongan juga dibawa ke Hentian Sebelah Kijal, Jambatan Sg. Kemaman di Pakej 3 dan akhir sekali ke Kawasan Rehat & Rawat Perasing.

 Setelah selesai makan tengahari, solat Zohor dan sesi bergambar, YB. Menteri berlepas menaiki helikopter untuk ke tapak Projek Central Spin Road (CSR) di Lipis, Pahang. Seluruh warga Pasukan Projek LPT2 merakamkan jutaan terima kasih kepada rombongan daripada di atas kesudian melawat projek ini.